Followers

Sunday 19 February 2012

Nota dan Latihan

Salam/hi,

Ingin dapat 1A dalam subjek Prinsip Perakaunan?
Admin nasihatkan para pelajar cuba memahami nota-nota PrinsipPerakaunan disamping membuat latih tubi.
Prinsip Perakaunan akan menjadi lebih senang jika kita memahami konsepnya.Penting untuk kita memahami konsepnya supaya apa jua jenis soalan yang diterima,para pelajar mampu menjawabnya.

Admin dalam proses menyiapkan nota Prinsip Perakaunan untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5.Nota tersebut padat serta mudah untuk difahami.Di samping itu juga,admin juga ada membuat latih tubi untuk para pelajar membiasakan diri dengan pelbagai soalan Prinsip Perakaunan.

Berminat???....TUNGGU....Latih Tubi akan mula dijual pada 13 April 2012 dengan harga yang berpatutan.



P/s:Para pelajar boleh jadikan blog ini untuk bersoal jawab,berkongsi info/pendapat mengenai Prinsip Perakaunan bersama pelajar lain atau bersama dengan admin sendiri.Admin akan cuba sedaya upaya untuk membantu para pelajar sekalian mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Sunday 12 February 2012

IPT yang menawarkan jurusan perakaunan

Antara IPT yang menawarkan kursus Perakaunan

Awam:


1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi MARA
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa
9. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia


Swasta:

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn. Bhd.
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej IKRAM
7. L&G – Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology
9.Kolej Tunku Abdul Rahman

Kenali Akauntan


Akauntan
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Tugas-tugas akauntan

  • §     Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
  • §    Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;
  • §    Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;
  • §    Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
  • §    Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
  • §    Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
  • §    Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • §    Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;
  • §    Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
  • §    Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini
     §  Akauntan
     §  Juruaudit 
 §  Akauntan, Kos
     §  Akauntan, Cukai
     §  Bendahari 
 §  Setiausaha Syarikat
     §  Juru Perunding
     §  Penolong Akauntan
     §  Kerani Akaun

Ciri-Ciri Peribadi Seorang Akauntan

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.
Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
Association of Certified Accountants (U.K)
Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

Sunday 5 February 2012

Prinsip Perakaunan Susah??Part 2....

Bila dah ambil subjek Prinsip Perakaunan sendiri,admin belajar ler sendiri.Pinjam nota-nota kawan-kawan yang pergi tuisyen.Dah ler subjek tingkatan 5 yang banyak masuk dalam SPM.Belajar punya belajar.....Alhamdulillah,akhirnya admin dapat apa yang dihajati oleh semua orang.Admin dapat A1.

Di sini,apa yang admin nak tekankan,dalam apa jua yang kita lakukan,pastikan ada mind set yang positif,minat dan fokus.Dalam situasi yang admin lakukan,mula-mula admin cuba fikir positif dengan fikir Prinsip Perakaunan ialah subjek yang senang sambil memahami konsep Perakaunan.Bila admin dah faham dan kenal debit kredit,secara langsung minat datang dengan sendiri sehinggakan admin berlumba-lumba dengan kawan-kawan untuk mendapat markah yang tertinggi dalam kelas.Wujudnya minat,menyebabkan admin rajin untuk selalu buat latihan serta fokus pada subjek Prinsip Perakaunan.

Pada para pelajar yang tidak berminat dengan subjek Prinsip Perakaunan dengan memikirkan subjek ini susah,buang perasaan tanggapan begitu.Positifkan minda kalian pasti kejayaan menjadi milik kalian.

P/s: Cerita di atas adalah benar dan ianya diceritakan dengan tujuan untuk menaikkan semangat dan menarik minta para pelajar masakini dengan subjek Prinsip Perakaunan.Tiada niat untuk menunjuk atau membangga diri

P.s:Sebarang pertanyaan mengenai subjek Prinsip Perakaunan,boleh ler email ke eprinsipakaun@gmail.com

IkHLaS
-AdMiN ePA-

Saturday 4 February 2012

Prinsip Perakaunan Susah??Part 1....

Prinsip Perakaunan susah?
Tak minat ler subjek Prinsip Perakaunan....

Ini lah yang selalu difikirkan oleh para pelajar terhadap subjek Prinsip Perakaunan.Ramai yang mengelak daripada mengambil jurusan perakaunan kerana memikirkan kesusahan subjek ini.

Sebenarnya,subjek Prinsip Perakaunan teramatlah senang.Apatah lagi senang untuk skor sebab senang untuk mendapat markah.Ingat,setengah markah mampu membezakan antara lulus atau gagal,A atau B.

Okler,admin cerita pengalaman sendiri sewaktu zaman sekolah dulu.Admin pun macam kalian juga dulu,tak suka subjek Prinsip Perakaunan.Berkeras sangat admin minta gugurkan subjek Prinsip Perakaunan daripada cikgu admin.Siap rancang nak tukar sekolah lagi.Tapi bila admin cerita kat seorang member admin,dia marah gugurkan dan dia siap bagitahu admin, "faham yang mana debit,yang mana kredit,bila dah faham tuh,pasti admin akan suka pada subjek Prinsip Perakaunan dan akan rasa senang dengan subjek ini."

Admin ikut ler kata-kata member ni,admin cuba faham apa yang sepatutnya debit,apa yang sepatutnya kredit.Secara tak langsung,bila dah faham,lama kelamaan,minat datang dengan sendiri dan admin rasa subjek Prinsip Perakaunan SENANG......

Itu kisah admin ketika admin di tingkatan 4.Dugaan datang lagi ketika di tingkatan 5.Tetiba sekolah admin nak gugurkan subjek Prinsip Perakaunan jaga rekod ler tu bila ramai pelajar tak boleh nak bawa,dulu nak gugurkan tak bagi. Masa ni,admin ler jadi orang kuat pertahankan subjek Prinsip Perakaunan dulu jadi orang kuat nak gugurkan subjek .Akhirnya pihak sekolah terpaksa membenarkan lima orang pelajar yang degil ini teruskan mengambil subjek Prinsip Perakaunan secara persendirian.Admin merupakan satu-satu pelajar yang ambil subjek Prinsip Perakaunan(4 orang lagi kelas lain) dalam kelas dan juga satu-satu pelajar yang yang tak pergi tuisyen (admin tinggal di asrama,tak dapat keluar pergi tuisyen).Terpaksa lah admin belajar sendiri....

Nak tahu apa keputusan Subjek Prinsip Perakaunan admin dalam SPM?

Ikuti kisah seterusnya di Part 2...;)

P/S:Cerita di atas adalah benar dan ianya diceritakan dengan tujuan untuk menaikkan semangat dan menarik minat para pelajar masakini dengan subjek Prinsip Perakaunan.Tiada niat untuk menunjuk atau membangga diri.

IkHLaS
-AdMiN ePA-